Individualisme terbuka

Individualisme terbuka ialah sebuah pandangan dalam falsafah diri, yang menurutnya hanya ada satu subjek yang sama secara numerik, iaitu semua orang pada setiap masa, pada masa lalu, sekarang dan masa depan.[1]  Ia adalah sebuah penyelesaian teori kepada persoalan identiti peribadi, yang berbeza dengan "Individualisme kosong", yang merupakan sebuah pandangan bahawa identiti peribadi sepadan dengan corak tetap yang serta-merta hilang dengan peredaran masa, Ia juga berbeza dengan "Individualisme tertutup", pandangan umum yang identiti peribadi adalah khusus kepada subjek dan masih bertahan dari semasa ke semasa.[1]